Thursday, 12 June 2014

KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG KESELAMATAN JALAN RAYA


Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar


UNDANG-UNDANG & PERATURAN


Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan
keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.
Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang
wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah
melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua,
lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan
berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan
warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan
keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa
menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat
undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau
bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua
buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi
keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.
Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan
perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan
apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda
semasa menunggang basikal di jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali
pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar
dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.
Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan
keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna
cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila
masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.

CARA MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA



Kempen Keselamatan Jalan Raya melalui iklan dan poster


Pertandingan lalulintas



Mengenakan denda atau kompaun

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA



Memandu melebihi had laju yang ditetapkan


Memandu dalam keadaan mabuk



Berlumba di jalan raya


Tidak mengamalkan konsep pemanduan berhemah

Keselamatan Ketika Berjalan Kaki


Cara Betul Melintas


Definisi Keselamatan Jalan Raya

Keselamatan Jalan Raya adalah tanggungjawab bersama, itu adalah slogan yang malar kitani dengar sejak dulu lagi.Pun begitu saban hari ada sahaja berita kemalangan yang dapat kitani baca di akhabr. mahupun kita tonton di kaca tv. Malah ada ketikanya kemalangan itu berlaku di hadapan mata kita. Kita bukan tidak faham atau tidak cuba untuk menjadi seorang pemandu/pengguna jalanraya yang baik dan berhemah. Tetapi kadangkala sikap pengguna yang lain kadangkala mencabar kesabaran kitani.

Keselamatan lebih merupakan suatu konsep undang-undang daripada tingkah laku. Konsep ini diinstitusikan melalui perundangan di semua negara tetapi tidak ada asas konseptual yang bermakna melalui hasrat yang kabur bahawa dalam sesuatu masyarakat yang bersistem, manusia tidak seharusnya dibenarkan mencederakan dirinya atau individu yang lain.

Tidak ada cara yang langsung untuk menentukan bahawa sesuatu situasi itu adalah selamat, hanya pelbagai tindakan boleh diambil untuk mengurangkan risiko dan bahaya. Begitulah hanya dengan keselamatan pengguna di jalanraya memang sukar diramalkan. Tetapi melalui penyelidikan, pendidikan dan perlaksanaan, masalah kemalangan jalan raya seharusnya dapat dikaji, diawasi dan dikawal.

Kemalangan jalan raya telah lama dikenal pasti sebagai salah satu penyebab utama kematian dinegara-negara maju.
Sungguhpun data kemalangan telah lama wujud dikebanyakan negara maju, tetapi cara-cara penyelesaian yang diamalkan di negara-negara itu tidak dapat diterapkan kedalam latar tempatan oleh sebab faktor sosiobudaya dan persekitaran yang sangat berbeza.

Penyelidikan hanya boleh dinilai dan difahami oleh mereka yang arif dan berpengalaman mengenainya. Hal ini perlu disedari jika penyelidikan bermutu mahu diteruskan. Data kajian juga diperlukan bagi merancang kempen mengenai keselamatan jalanraya. Tanpa maklumat mengenai ciri-ciri manusia seperti sikap, personaliti dan tingkah laku pengambilan risikonya, mesej bagi sesuatu kempen itu tidak dapat disampaikan kepada kelompok sasaran yang berkaitan.
Justeru itu, sikap kurang berdisplin contohnya tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu merupakan penyubang besar kepada masalah ini.

Bertimbangrasa lah sewaktu di jalanraya. Pandu laju maut menunggu! Berhati hati lah!!!